Sunday, 10 March 2013

Carino warded lagi!

Carino ni adalah anak r-kay dan yoda. Actually carino yang 1st sekali lahir tp dia yg paling kecil dr adik beradik yang lain. Mase tuh mmg ingat xsurvive tapi alhamdullilah dia membesar sampai ke hari ini. Carino lahir pd 31 Oktober 2012. Pada mulanya dia dikategori under weight.

Kerana dia nih kuat makan berat dia terus naik hari ni timbang dh jd 1.08kg. Itupun dh turun 200g sebab selsema dia makin teruk. Nak makan pun susah sebab hingus non stop meleleh. Kesian tengok dia. Pernah kibbles melekat kt hidung sebab hingus!

Dah ler hidung kecik, bila selsema mmg satu masalah. Tak boleh dia nak bernafas. Semalam dia tidor aje. Ari nih tak tahan tgk dia trus bwk g vet di Honey Pet Shoppe. Minta Dr joe buat nebulizer kt dia coz dia bernafas mcm kahak ada dalam tekak. So Doktor warded Carino nak tgk keadaan Carino.. Ni kali kedua. Ari tuh xberape teruk dia boleh selera nak makan. Ni dah makin teruk...

Kalo idung dia besar dah lama saya beli tools buang hingus baby manusia sedut hingus dia. Tp idung dia kecik sangat. Takut lemas kalo xbg treatment.

Moga Carino survive dan makin sihat! Boleh balik umah gurau ngan mummy. Mummy sayang kamu nieno.... Love u!!!

Cat Care 2.0

Best course nie.. Course ni diadakan oleh Honey Pet Shoppe. Speakernyer adalah tuan empunya Pet shoppe Dr Joe dan Dr Nurul. Course kali nie bercerita tentang penjagaan haiwan cara Rasulullah. Banyak info dapat dipelajari. Nanti akan ada next course pasal haiwan lagi. Insya Allah saya akan pergi...

Kasih sesama insan!

Bukan manusia sahaja perlu diselamatkan. Kucing juga ada hak di dunia ini. ;)

Saturday, 9 March 2013

Kad Pengenalan Haiwan Malaysia.

Saya pernah hadiri kursus penjagaan kucing yang diadakan pada bulan lepas. Soalan vet kepada peserta 'buat pet passport sesuatu pembaziran atau menguntungkan?'

Jawapan saya: bukan pembaziran. Sebab apa? Pet passport adalah pengenalan haiwan anda. Sebelum passport diberi, haiwan anda contohnya kucing saya akan dimasukkan cip ke dalam badan kucing. Besar nya sebesar biji beras. Ia diletakkan di bahagian leher. Dalam cip tu ada no unik. Hanya satu nombor dalam dunia nie. Macam kad pengenalan kita. No tuh kita puye dari lahir smpi la akhir ajal.

So kucing saya unik. Kalo ditangkap oleh pihak berkuasa sebab sesat atau hilang, pihak berkuasa boleh cari kita melalui cip tersebut. Tp ingat yer cip nih xd teknologi GPS. Belum smpi lagi ke tahap itu. So bear in mind kita xboleh detect kucing kita berada di mana... ;) mungkin akan datang akan ada features nih. Saya mmg xsabar nk tunggu teknologi ni. Acctually sy pernah taye vet kenapa xd GPS? Kita kan dh zaman moden! Jawapan dr.... Cip yang ada sekarang sgt kecik, belum ada teknologi yang mencipta bateri dan GPS lebih kecil dari cip ni. Kalo ada pn mmg sgt mahal. Hmm mahal? Sure xberbaloi kan... Tunggu harga murah saya pasti akan buat. Hikhik

So back to cite kita pasal kad pengenalan nih. Dlm buku kad pengenalan nih ada info medical kucing saya dan jika ada pertukaran owner info boleh dikemaskini. Info online pun boleh update. Kalo kita sayang kucing dan ada duit lebih mungkin itu cara kita menghargai mereka sebagai ahli keluarga kita.

Prosedur nyer kejap aje. Xsmpi seminit pun... Mungkin kucing akan sakit sikit... Saya buat di Honey Pet Vet. Saya buat dalam pakej vacination. All in RM120. Vacination dan passport. Tp ingat yer nk buat passport nih hanya vet yang ditauliahkan sahaja yg boleh buat. Kt klinik haiwan kerajaan pn ada.. Harga bergantung pada vet. So survey dulu yer. Saya buat kt Honey PEt Vet coz kucing sy dirawat disini

Setakat nie 2 kucing saya telah dibuat kad pengenalan. Yang lain Insya Allah akan menyusul. Bukan sebab nak berbangga. Tp sy rase kucing saya perlu dihargai. Bergantung kepada persepsi masing-masing berkaitan kad pengenalan haiwan. Setakat nih perluasan pengetahuan berkaitan kad pengenalan haiwan di Malaysia masih rendah.

Dahulu saya pernah dengar kerajaan selangor hendak mewajibkan binatang peliharaan di letakkan cip dan kad pegenalan bag membezakan kucing bertuan dengan kucing gelandangan. Tapi mungkin masih dalam proses perbincangan. Di luar negara perkara ini telah diambil perhatian. Tapi tak salahkan kalo anda mengambil inisiatif ini untuk haiwan kesayangan anda...

Hmm nih contoh kad pengenalan haiwan di Malaysia

Saturday, 23 February 2013

R-kay aka ngiok!

Ni lagi seekor kucing aku r-kay! Kucing betina aku yg sgt beheve. Jarang sgt dia buat hal n pandai bawak diri. R-kay nih perangai ni sebijik mcm pepatah malu-malu kucing aka nak tp malu. Ha tuh la perangai dia. Nk tau naper aku ckp mcm tuh? Meh aku citer!

R-kay ni tak suke org peluk2 cium dia tp dia nk org manjakan dia. Camner tuh? Urmm cara belai dia adalah kene sikat dia.. Panggil dia berpuluh kali nk sikat pn dia rela. Nak mantain cantik. Hikhik. En hubby aku rajin layan sikat dia. Ngn aku cara dia nk manja, bila bab minum air. Dia nk air fresh! Tiap kali aku g toilet sure dia akan ikut. Kat celah mana pn dia bila dgr aku kt toilet mesti dia smpi! Mengada tau nk air baru jaaaa.

Kalo bilik tidut tuh aku tutup mesti dia mengiau kt luar minta bkak pintu. Kalo pintu xtutup rapat dia akan kuis smpi bleh masuk. Pastu dia tunjuk mengada bila nk ajak turun bwh. Xmau turun. Kalo naik bilik laju ja naik. Bab turun, kene dukung dia. Soh belai smbil turun tangga. Urmm time tuh manja dia mmg terserlah. Bila belai muka dia, tangan dia mesti pegang tangan aku. Erat tau!! Mcm paham kita dok ckp ngn dia!

Yg aku amat syg ngn dia sbb dia nih peneman yg setia. Kalo aku wt keje dapur, dia tunggu smpi aku siap keje. Mcm2 aksi dia. Tidur la berguling la. Tp tetap kt area aku ader. Penah dia teman aku buat tempahan kek. Dkt kul 4 pg bau siap. Dia lepak kt tepi meja tgk aku wt keje. Laki aku yg ckp nk teman aku wt kek dh ke laut! Tp r-kay tetap kt situ.. Terharu aku time tuh!

Tp r-kay ada satu allegic dia, hmm apo lg ubat laaa. Nmpk aku pegang shrink, dia dh mukacuak nk larikan diri. Susah tau nk bg dia mkn ubat! Kalo ubat biji urmm bekali masuk kuar dr mulut dia. Kalo liquid, menjejeh kuar dr mulut dia. Hanya vitamin ja dia rela mkn iaitu kitzme n brewer yeast. Hah kalo dua multivitamin nih, satu botol pn dia boleh mkn. Siap minta tambah lagi! Boleh gitu?

R-kay nih nmpk ja lembut, tp melawan tau kalo kita kasar. So kita ikut ja kehendak dia, bau senang... R-kay ni breed flat face high nose. Hidung dia kecik jaaa. Muka nmpk garang. Tp aku xpenah kene cakar. Nk dgr suara garang dia hmm sgt payah. Acctually xpenah dgr pn! Btul xtipu..

K nanti kita smbg!

Thursday, 21 February 2013

Introducing Papa Yoda



Inilah anak bulus jantan ku. Nama nya Yoda. Breed flat face high nose persian. Mana datang nama yoda? Urmm tuan lama dia yg letak. Tuan lama dia budak kecik darjah 2 kot. Mama dia jual coz anak dia kene asma.

Masa aku call owner yoda, actually yoda dh ada org reserved. Dh nak jadi rezeki, org tuh xjadi amik. So yoda jd la milik aku....

Perangai yoda? Urmm dia nih pantang tgk kucing betina. Asyik nak mating! Smpi kitten pn dia nak try! Haiyoooo. Muka yoda nampak ja garang. Tp penakut. Kene penampar ngan kucing betina terus lari. Ngn kucing jantan, fuhh gaduh ajer! Xbagi kucing lain masuk kawasan dia. Konon dlm umah nih ada dua awek dia. Xbg kucing lain tackle. Mengada kan...

Yoda nie sgt behave bila nk mandi. Maybe dr kecik dh biasa mandi n grooming, so bila blow bulu yoda relaks ja. Rela! Bab mandi mmg senang tp bab bg mkn ubat. Fuh susah! Doktor pn takut nk bg mkn sbb dia wt suara garang. Doktor takut kene cakar. Hikhik. Sepanjang aku jaga dia, seriously xpenah kne cakar ngn Yoda. Saja gertak doktor heheh.

Yoda nih pantang tgk plastik. Cium2 plastik pastu pushhhh dia bg air wang dia. Dia spay! Time tuh mmg la aku hangin ngn dia. Dia kencing apo lagi, yoda pn lari menyorok coz dia tau mmg bakal la dia kene pukul ngn aku. Aku nih dh ler pantang kucing kencing rata2. Bkn apa, duduk kws umah double storey kene amik tau kebajikan jiran. Xmau la jiran komplen kata busuk kencing kucing.

Ok! Lenkali kita smbg lg! ;)

Wednesday, 20 February 2013

Akhirnya wujud Blog Dunia Kucing Hilwana

20 Feb 2013, akhirnya aku create juga blog Dunia Kucing Hilwana. Perasaan membuak nak kongsi cerita tentang dunia kucing! Tak sabar nk tunjuk gambar kucing aku, aktiviti kucing aku, n yang paling penting macamana aku terjebak ngn dunia kucing!

Tau tak, dulu aku nih sangat tak suka kucing. Nampak kucing mcm nampak hantu. Takut plus geli! Pesepsi aku kucing nie kotor, busuk dan menyusahkan. Tp skrg? Uhh syg sgt ngn anak2 bulus aku nih! Biar kucing aku cukup mkn, tuan dia xp... Kekdg aku spend utk kucing lebih dr diri aku. Kira melampau tak? Heheheh.

K nanti kita sambung lagi!